Pendahuluan : Pendidikan Seni Visual ini merupakan seni yang menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari, dan seni mempertahankan diri. Untuk Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah ia lebih menegaskan kepada kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pendidikan Seni Visual mempunyai dua asas seni reka iaitu Unsur Seni dan juga Prinsip Seni. Ini merupakan asas-asas seni reka didalam pendidikan seni visual. Unsur seni terdiri daripada garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna . Manakala untuk prinsip seni pula terdiri daripada harmoni, kontra, penegasan, imbangan, gerakan dan kepelbagaian. Didalam blog pendidikan saya ini , saya akan menyentuh tentang unsur seni iaitu garisan da...